Tuesday, October 31, 2017

TIPS : 5 Benda yang Wajib dibawa Jika bercuti ke Pulau


Hai, Harini kekna akan listkan 5 benda yang WAJIB Dibawa jika bercuti ke Pulau. kadang-kadang pasti ada barang yang kita lupa bawa. so, mulai daripada harini masukkan 5 benda wajib ni didalam list ya.

1) Sunscreen Lotion / Aloe Vera
Ini adalah benda paling wajib dibawa, untuk mengelakkan kulit kita terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. ada sumber yang mengatakan sunblock ni boleh mengancam hidupan terumbu karang. tapi kekna tak sure pulak!

2) Insect Repellent / Mopiko Ointment
lebih baik mencegah sebelum terkena. percayalah mosquito can be bad! kekna sendiri ada beberapa jenis lotion anti nyamuk dan juga mopiko ointment. 

3) Medicine
mini first aid, bawa item yang penting seperti gauze,lotion kuning,adhesive plaster,gunting,Bandage & roller bandages,eye drops,ubat tahan sakit/Allergy & panadol. manalah tau jika ada yang allergic pada makanan laut. ataupun keracunan makanan.

4) Waterproof Camera & Waterproof bag
Nama pun bercuti di pulau. mesti kita ingin merakamkan keindahan didasar laut, merakamkan memori saat kita snorkeling, swimming didalam laut. bag waterproof kita gunakan utk menyimpan barangan peribadi serta HP. kalau basah rosaklah HP & mcmana kita nak upload di SOCMED = Social Media hahahaha

5) Water Shoes
Untuk mengelakkan kita daripada terpijak terumbu karang yang tajam, batu-batu kecil & sea urchin.. percayalah, siapa yang pernah kena bisa sea urchin aka Landak laut memang padu! it really worst! So far kekna tak pernah kena.




Saturday, October 14, 2017

Simple Guide untuk ke Koh Lipe


Siapa yang follow blog lama kekna, mesti semua tahu yang kekna memang sukakan laut. tersangat suka. hampir semua destinasi percutian kekna didalam or luar negara adalah Laut. tiap2 tahun rasanya tak lengkap jika tidak turun ke laut.

Koh Lipe adalah destinasi percutian kekna yang seterusnya. Sedikit Info tentang Koh Lipe. 


TAMAN LAUT NASIONAL TARUTAO

Koh Lipe adalah Salah satu pulau yang terdapat di Thailand diberi jolokan Maldives of Thailand, yang terletak di lautan Andaman, bersebelahan dengan Malaysia. Koh Lipe telah diwartakan sebagai sebahagian Taman Laut Nasional Tarutao.

CRYSTAL CLEAR WATER

Koh Lipe terkenal dengan kejernihan air laut nya & terumbu karang yang cantik (crystal clear). Kekna rasa warna air lautnya mungkin sama dengan air laut di Boracay!. di Boracay warna air lautnya adalah 3 layer.

3 PANTAI

1) Pattaya Beach
Pattaya Beach sangat sesuai kepada yang sukakan hiburan!

2) Sunrise Beach

Disini lebih santai dan persisiran pantai & lautnya yang lebih lawa & tenang. Dikatakan area Sunrise Beach ni agak berangin.

3) Sunset Beach

Dikatakan Sunset disini antara yang tercantik. wow, kekna tak sabar nak tengok sunset yang lawa. dulu semasa di Boracay, kekna tak berpeluang untuk menikmati keindahan sunset disana. dalam memori kekna, sunset di Tg. Aru, Sabah adalah yang paling lawa kekna penah saksikan.

BAGAIMANA CARA UNTUK KE KOH LIPE

terdapat 3 cara untuk ke Koh Lipe.

1) Flight

menaiki flight ke Hatyai, daripada hatyai menaiki Van untuk ke Jetty Pakbara & seterusnya menaiki speed boat ke Koh Lipe.

2) Train/Drive/Bas

jika daripada Malaysia, boleh menaiki Train,Bas ataupun menaiki kereta terus ke Hatyai, kemudian ke Jetty Pakbara & seterusnya Menaiki Speed boat ke Koh Lipe.

3) Ferry/Speed Boat

Boleh menaiki Ferry/Speed Boat terus daripada Langkawi. 


BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK KE KOH LIPE?


HIGH SEASON : November sehingga awal bulan May. (disarankan untuk menempah awal hotel & juga pengangkutan)


PEAK SEASON : 15 December sehingga hujung bulan February. (kebanyakan hotel & juga pengangkutan-ferry akan fully booked sebulan awal! jadi rancanglah percutian anda dengan betul)


LOW SEASON-dikenali sebagai green season : May sehingga October. wlupun ferry masih beroperasi pada waktu ini tetapi ada juga resort/hotel yang tutup. kebanyakan inilah waktu yang sesuai untuk resort/hotel membaikpulih ataupun menaiktaraf resort/hotel masing2. 



PENGINAPAN
Kekna telah menempah 2 tempat penginapan. ini adalah backup plan kekna. Kekna menempah Hostel & juga Guesthouse. Jika tiada apa2 masalah mungkin kekna akan pergi berempat & kekna akan stay di A+ Hostel. Jika kawan kekna tidak jadi ikut kekna akan stay di The NOI Gusethouse.

Hostel & Guesthouse yang kekna tempah terletak di bahagian tengah & berdekatan dengan Walking Street.


AKTIVITI

Di Koh Lipe antara Aktiviti yang disarankan adalah ( mengikut pembacaan kekna dibeberapa Blog)
1) Dive
2) Snorkeling
3) Kayak
ini adalah antara aktiviti yang wajib bila berada di Koh Lipe.

persiapan kekna untuk kesini tak banyak. sebab Koh Lipe tidak la terlalu jauh daripada malaysia. mungkin sebulan sebelum pergi kekna akan settlekan hal transportation & juga Pertukaran wang. untuk itinerary pula, free & easy memandangkan kekna cuma berada selama 3hari 2malam sahaja di Kohlipe. manakala 1malam lagi di Hatyai.


kekna harap sedikit perkongsian kekna ni memudahkan semua untuk merancang perjalanan & percutian ke Koh Lipe. Selamat bercuti :)


Thursday, October 12, 2017

KOREA : Menjejaki PETITE FRANCE Lokasi Drama "My Love From another Star" - Day 2 ( Part 2 )




Kekna adalah peminat tegar Kim Soo Hyun! jadi kesempatan yang ada kekna menjejaki lokasi penggambaran drama "my love from another star", Jika anda ke Nami Island, Petite France ni berada disatu laluan yang sama. 



Petite France agak terkenal sebagai lokasi penggambaran drama2 korea. Drama "secret Garden" juga pernah menjalankan penggambaran disini & Running Man jugak!
Entry fees Petite France kekna tak ingat berapa. Maaf! 


Petite France ni adalah French Cultural Village, disini terdapat 16 French-style buildings. disini juga terdapat replica Eiffel Tower tau. tak payah jauh2 travel ke europe heeeee. selain daripada itu, pelawat juga boleh merasai keenakan makanan, pakaian, household & budaya orang perancis.



tak semua bangunan yang kekna masuk, sebab kekna kejar masa dan sebenarnya tak best mana pun berjalan dengan cuaca yg sejuk ni. hahahaha badan cepat penat ditambah pula dengan baju yg berlapis!



bagi kekna, Petite France ni biasa2 sahaja. sekadar meninjau apa yang ada disini, dalam 30min kekna dah selesai posing2 & sempat try guguma coffe (coffee perisa keledek) & churros yang sangat lah keras. hahahaha 




Kekna tertarik dengan salah satu bangunan yg menempatkan barangan antik, salah satunya adalah pinggan mangkuk. designnya amat klasik.








kekna x buat apa sangat pun disini. selesai bergambar kekna terus bergerak ke Nami Island. Jika kali pertama ke Korea, boleh lah masukkan Petite France ni didalam itinerary. kita datang daripada jauh kan, rugi kalau tak explore.







p/s : sedikit info mengenai Petite France

Introduction 
After travelling 10 km along the lakeside road from Cheongpyeong Dam, in the direction of Namiseom Island, you will come across a cluster of white, exotic buildings on the left-hand hillside. From its outward appearance, it would appear to be a village that belongs on the Mediterranean coast or in a pastoral area of the Piedmont Alps. This is Petite France, a French cultural village set in the Korean countryside! Petite France serves as both a French cultural village and a youth training facility (Goseong Youth Training Center), and consists of 16 French-style buildings where visitors can lodge and experience French food, clothing, and household culture. 

The concept of Petite France encapsulates ‘flowers, stars, and the Little Prince.’ The village contains a memorial hall dedicated to Saint-Exupery, the author of the celebrated French novel, Le Petit Prince (1943) and as such it is called the Little Prince theme park. It also has a gallery displaying sculptures and paintings of le coq gaulois (the Gallic rooster), the national symbol of France; Orgel House where a 200-year-old music box plays a sweet melody; a shop that sells herbal and aromatic products; a souvenir shop; and many other locales where you can experience French culture. The village can accommodate up to 200 visitors with 34 guest rooms that hold four to ten people each. Enjoy the marionette experience and hear percussion instruments from around the world, and also enjoy soap bubble experience.

Telephone 
+82-31-584-8200

Closed 
N/A (Open all year round)

Film Locations 
TV drama 'Beethoven Virus', ‘Secret Garden’ and ‘My Love from the Star’

Tour Course Information 
[Gapyeong Tourism Attraction Circulation Bus]
- Departure location: Boarding site at each course
- Tourism course: Gapyeong Terminal -> Jaraseom Island (Ewhawon Garden, Camping site) -> Gapyeong Station -> Namiseom Island (Zip wire) -> Geumdae-ri Hoegwan -> Petite France (Cheongpyeong Ferry Cruise Ship, Ryu Mi Jae Galleryhouse) -> Cheongpyeong Terminal -> In front of Imchogyo Bridge -> Garden of Morning Calm (Chi-ong art center)
- How to use
Tourists can transfer to other buses within the circular route with a ticket for one day.
Tourists can get on and off the bus freely on each course. 
* Site admission fee and facility fare not included
- Ticket fare: Adults 6,000 won / Teenagers & Children 4,000 won / People with disabilities & Seniors 4,000 won
- Children (ages 3 and under): One child free per family
- Inquiry: Gapyeong +82-31-582-2421 / Cheongpyeong +82-31-584-0239

Activity Information 
1. Saint-Exupery Memorial Hall: Displays the life of Saint-Exupery, who was a noted author in France, and the writing process of The Little Prince novel.
2. Orgel House: View the orgels (musicbox) collected from all over European countries and enjoy the sound.
3. France Traditional House Exhibition Hall: Experience the 19 century’s French culture inside France Traditional House.
4. Antique Exhibit Hall: Enjoy and purchase antique items, puppets and porcelain from Europe, including France.
5. Marionette Dance Performance: Shows the dance show of marionette of the Czech Republic.
6. Puppet play: A European play for children, comprised of a Guignol and marionette, French and Czech traditional puppets respectively.
7. Appreciating an orgel: Offer an explanation regarding the history of orgels.
8. Plaster art exhibition: Visitors can create plaster arts, painted by themselves with shapes such as the Little Prince or the Eiffel Tower.

Operating Hours 
Sun-Thu 09:00-18:00
Fri-Sat 09:00-20:00
* Last admission: 1 hour before closing.
* Please visit its official website for more information. 

Parking Facilities 
Available

Available Facilities 
[Exhibition Hall]
Saint-Exupery Memorial Hall, Orgel House, France Traditional Exhibition Hall, Antique Exhibition Hall, Europe Puppet House, French traditional games, gallery

[Performance Hall]
Puppet Theater, outdoor theater, Petite Event Hall

[Others]
Filming location of ‘Beethoven Virus’, Butterfly Park, Love’s bell, studio, accommodation, water fountain square, observatory, etc.

Admission Fees 
Adults: 8,000 won
Teenagers (Middle & High School Students): 6,000 won 
Children (ages 3-Elementary School Students): 5,000 won
Seniors (ages 65 & above) / People with Disabilities: 6,000 won (proof of identification required)

* For groups of 20 people or more, please make a reservation by phone at least 7 days in advance before the intended visit date.