Tuesday, October 31, 2017

TIPS : 5 Benda yang Wajib dibawa Jika bercuti ke Pulau


Hai, Harini kekna akan listkan 5 benda yang WAJIB Dibawa jika bercuti ke Pulau. kadang-kadang pasti ada barang yang kita lupa bawa. so, mulai daripada harini masukkan 5 benda wajib ni didalam list ya.

1) Sunscreen Lotion / Aloe Vera
Ini adalah benda paling wajib dibawa, untuk mengelakkan kulit kita terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. ada sumber yang mengatakan sunblock ni boleh mengancam hidupan terumbu karang. tapi kekna tak sure pulak!

2) Insect Repellent / Mopiko Ointment
lebih baik mencegah sebelum terkena. percayalah mosquito can be bad! kekna sendiri ada beberapa jenis lotion anti nyamuk dan juga mopiko ointment. 

3) Medicine
mini first aid, bawa item yang penting seperti gauze,lotion kuning,adhesive plaster,gunting,Bandage & roller bandages,eye drops,ubat tahan sakit/Allergy & panadol. manalah tau jika ada yang allergic pada makanan laut. ataupun keracunan makanan.

4) Waterproof Camera & Waterproof bag
Nama pun bercuti di pulau. mesti kita ingin merakamkan keindahan didasar laut, merakamkan memori saat kita snorkeling, swimming didalam laut. bag waterproof kita gunakan utk menyimpan barangan peribadi serta HP. kalau basah rosaklah HP & mcmana kita nak upload di SOCMED = Social Media hahahaha

5) Water Shoes
Untuk mengelakkan kita daripada terpijak terumbu karang yang tajam, batu-batu kecil & sea urchin.. percayalah, siapa yang pernah kena bisa sea urchin aka Landak laut memang padu! it really worst! So far kekna tak pernah kena.




Saturday, October 14, 2017

Simple Guide untuk ke Koh Lipe


Siapa yang follow blog lama kekna, mesti semua tahu yang kekna memang sukakan laut. tersangat suka. hampir semua destinasi percutian kekna didalam or luar negara adalah Laut. tiap2 tahun rasanya tak lengkap jika tidak turun ke laut.

Koh Lipe adalah destinasi percutian kekna yang seterusnya. Sedikit Info tentang Koh Lipe. 


TAMAN LAUT NASIONAL TARUTAO

Koh Lipe adalah Salah satu pulau yang terdapat di Thailand diberi jolokan Maldives of Thailand, yang terletak di lautan Andaman, bersebelahan dengan Malaysia. Koh Lipe telah diwartakan sebagai sebahagian Taman Laut Nasional Tarutao.

CRYSTAL CLEAR WATER

Koh Lipe terkenal dengan kejernihan air laut nya & terumbu karang yang cantik (crystal clear). Kekna rasa warna air lautnya mungkin sama dengan air laut di Boracay!. di Boracay warna air lautnya adalah 3 layer.

3 PANTAI

1) Pattaya Beach
Pattaya Beach sangat sesuai kepada yang sukakan hiburan!

2) Sunrise Beach

Disini lebih santai dan persisiran pantai & lautnya yang lebih lawa & tenang. Dikatakan area Sunrise Beach ni agak berangin.

3) Sunset Beach

Dikatakan Sunset disini antara yang tercantik. wow, kekna tak sabar nak tengok sunset yang lawa. dulu semasa di Boracay, kekna tak berpeluang untuk menikmati keindahan sunset disana. dalam memori kekna, sunset di Tg. Aru, Sabah adalah yang paling lawa kekna penah saksikan.

BAGAIMANA CARA UNTUK KE KOH LIPE

terdapat 3 cara untuk ke Koh Lipe.

1) Flight

menaiki flight ke Hatyai, daripada hatyai menaiki Van untuk ke Jetty Pakbara & seterusnya menaiki speed boat ke Koh Lipe.

2) Train/Drive/Bas

jika daripada Malaysia, boleh menaiki Train,Bas ataupun menaiki kereta terus ke Hatyai, kemudian ke Jetty Pakbara & seterusnya Menaiki Speed boat ke Koh Lipe.

3) Ferry/Speed Boat

Boleh menaiki Ferry/Speed Boat terus daripada Langkawi. 


BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK KE KOH LIPE?


HIGH SEASON : November sehingga awal bulan May. (disarankan untuk menempah awal hotel & juga pengangkutan)


PEAK SEASON : 15 December sehingga hujung bulan February. (kebanyakan hotel & juga pengangkutan-ferry akan fully booked sebulan awal! jadi rancanglah percutian anda dengan betul)


LOW SEASON-dikenali sebagai green season : May sehingga October. wlupun ferry masih beroperasi pada waktu ini tetapi ada juga resort/hotel yang tutup. kebanyakan inilah waktu yang sesuai untuk resort/hotel membaikpulih ataupun menaiktaraf resort/hotel masing2. 



PENGINAPAN
Kekna telah menempah 2 tempat penginapan. ini adalah backup plan kekna. Kekna menempah Hostel & juga Guesthouse. Jika tiada apa2 masalah mungkin kekna akan pergi berempat & kekna akan stay di A+ Hostel. Jika kawan kekna tidak jadi ikut kekna akan stay di The NOI Gusethouse.

Hostel & Guesthouse yang kekna tempah terletak di bahagian tengah & berdekatan dengan Walking Street.


AKTIVITI

Di Koh Lipe antara Aktiviti yang disarankan adalah ( mengikut pembacaan kekna dibeberapa Blog)
1) Dive
2) Snorkeling
3) Kayak
ini adalah antara aktiviti yang wajib bila berada di Koh Lipe.

persiapan kekna untuk kesini tak banyak. sebab Koh Lipe tidak la terlalu jauh daripada malaysia. mungkin sebulan sebelum pergi kekna akan settlekan hal transportation & juga Pertukaran wang. untuk itinerary pula, free & easy memandangkan kekna cuma berada selama 3hari 2malam sahaja di Kohlipe. manakala 1malam lagi di Hatyai.


kekna harap sedikit perkongsian kekna ni memudahkan semua untuk merancang perjalanan & percutian ke Koh Lipe. Selamat bercuti :)


Thursday, October 12, 2017

KOREA : Menjejaki PETITE FRANCE Lokasi Drama "My Love From another Star" - Day 2 ( Part 2 )




Kekna adalah peminat tegar Kim Soo Hyun! jadi kesempatan yang ada kekna menjejaki lokasi penggambaran drama "my love from another star", Jika anda ke Nami Island, Petite France ni berada disatu laluan yang sama. 



Petite France agak terkenal sebagai lokasi penggambaran drama2 korea. Drama "secret Garden" juga pernah menjalankan penggambaran disini & Running Man jugak!
Entry fees Petite France kekna tak ingat berapa. Maaf! 


Petite France ni adalah French Cultural Village, disini terdapat 16 French-style buildings. disini juga terdapat replica Eiffel Tower tau. tak payah jauh2 travel ke europe heeeee. selain daripada itu, pelawat juga boleh merasai keenakan makanan, pakaian, household & budaya orang perancis.



tak semua bangunan yang kekna masuk, sebab kekna kejar masa dan sebenarnya tak best mana pun berjalan dengan cuaca yg sejuk ni. hahahaha badan cepat penat ditambah pula dengan baju yg berlapis!



bagi kekna, Petite France ni biasa2 sahaja. sekadar meninjau apa yang ada disini, dalam 30min kekna dah selesai posing2 & sempat try guguma coffe (coffee perisa keledek) & churros yang sangat lah keras. hahahaha 




Kekna tertarik dengan salah satu bangunan yg menempatkan barangan antik, salah satunya adalah pinggan mangkuk. designnya amat klasik.








kekna x buat apa sangat pun disini. selesai bergambar kekna terus bergerak ke Nami Island. Jika kali pertama ke Korea, boleh lah masukkan Petite France ni didalam itinerary. kita datang daripada jauh kan, rugi kalau tak explore.







p/s : sedikit info mengenai Petite France

Introduction 
After travelling 10 km along the lakeside road from Cheongpyeong Dam, in the direction of Namiseom Island, you will come across a cluster of white, exotic buildings on the left-hand hillside. From its outward appearance, it would appear to be a village that belongs on the Mediterranean coast or in a pastoral area of the Piedmont Alps. This is Petite France, a French cultural village set in the Korean countryside! Petite France serves as both a French cultural village and a youth training facility (Goseong Youth Training Center), and consists of 16 French-style buildings where visitors can lodge and experience French food, clothing, and household culture. 

The concept of Petite France encapsulates ‘flowers, stars, and the Little Prince.’ The village contains a memorial hall dedicated to Saint-Exupery, the author of the celebrated French novel, Le Petit Prince (1943) and as such it is called the Little Prince theme park. It also has a gallery displaying sculptures and paintings of le coq gaulois (the Gallic rooster), the national symbol of France; Orgel House where a 200-year-old music box plays a sweet melody; a shop that sells herbal and aromatic products; a souvenir shop; and many other locales where you can experience French culture. The village can accommodate up to 200 visitors with 34 guest rooms that hold four to ten people each. Enjoy the marionette experience and hear percussion instruments from around the world, and also enjoy soap bubble experience.

Telephone 
+82-31-584-8200

Closed 
N/A (Open all year round)

Film Locations 
TV drama 'Beethoven Virus', ‘Secret Garden’ and ‘My Love from the Star’

Tour Course Information 
[Gapyeong Tourism Attraction Circulation Bus]
- Departure location: Boarding site at each course
- Tourism course: Gapyeong Terminal -> Jaraseom Island (Ewhawon Garden, Camping site) -> Gapyeong Station -> Namiseom Island (Zip wire) -> Geumdae-ri Hoegwan -> Petite France (Cheongpyeong Ferry Cruise Ship, Ryu Mi Jae Galleryhouse) -> Cheongpyeong Terminal -> In front of Imchogyo Bridge -> Garden of Morning Calm (Chi-ong art center)
- How to use
Tourists can transfer to other buses within the circular route with a ticket for one day.
Tourists can get on and off the bus freely on each course. 
* Site admission fee and facility fare not included
- Ticket fare: Adults 6,000 won / Teenagers & Children 4,000 won / People with disabilities & Seniors 4,000 won
- Children (ages 3 and under): One child free per family
- Inquiry: Gapyeong +82-31-582-2421 / Cheongpyeong +82-31-584-0239

Activity Information 
1. Saint-Exupery Memorial Hall: Displays the life of Saint-Exupery, who was a noted author in France, and the writing process of The Little Prince novel.
2. Orgel House: View the orgels (musicbox) collected from all over European countries and enjoy the sound.
3. France Traditional House Exhibition Hall: Experience the 19 century’s French culture inside France Traditional House.
4. Antique Exhibit Hall: Enjoy and purchase antique items, puppets and porcelain from Europe, including France.
5. Marionette Dance Performance: Shows the dance show of marionette of the Czech Republic.
6. Puppet play: A European play for children, comprised of a Guignol and marionette, French and Czech traditional puppets respectively.
7. Appreciating an orgel: Offer an explanation regarding the history of orgels.
8. Plaster art exhibition: Visitors can create plaster arts, painted by themselves with shapes such as the Little Prince or the Eiffel Tower.

Operating Hours 
Sun-Thu 09:00-18:00
Fri-Sat 09:00-20:00
* Last admission: 1 hour before closing.
* Please visit its official website for more information. 

Parking Facilities 
Available

Available Facilities 
[Exhibition Hall]
Saint-Exupery Memorial Hall, Orgel House, France Traditional Exhibition Hall, Antique Exhibition Hall, Europe Puppet House, French traditional games, gallery

[Performance Hall]
Puppet Theater, outdoor theater, Petite Event Hall

[Others]
Filming location of ‘Beethoven Virus’, Butterfly Park, Love’s bell, studio, accommodation, water fountain square, observatory, etc.

Admission Fees 
Adults: 8,000 won
Teenagers (Middle & High School Students): 6,000 won 
Children (ages 3-Elementary School Students): 5,000 won
Seniors (ages 65 & above) / People with Disabilities: 6,000 won (proof of identification required)

* For groups of 20 people or more, please make a reservation by phone at least 7 days in advance before the intended visit date.


Thursday, August 10, 2017

KOREA : Benarkah NAMI Island Pulau yang romantik? – Day 2 ( Part 1 )


17 tahun yang lalu, kekna adalah peminat no.1 drama Winter Sonata. Kekna mengenali K-Pop sewaktu usia kekna belasan tahun. Hahaha sampailah sekarang minat kekna terhadap K-Pop tak pernah pudar! Harini kekna akan ke Namiseom aka Pulau Nami. Tak sabar nak posing dekat pokok pine macam drama winter sonata tu. Nami Island ni adalah destinasi yang Wajib dikunjungi bila berada ke Korea.

Perjalanan harini agak mencabar. Kerana kekna akan melalui total 21 station & 3 kali transit daripada Myeongdong st.Cheongpyeong st. Memang agak jauh jugak perjalanan, tapi dah namanya bercuti, kita enjoy saje. Semalam Kekna dah top up siap2 T-Money, so perjalanan harini kita akan gunakan T-Money. Tak perlu susah2 nak beli ticket train, kita scan sajeeee.

Lihat Pada stesen yang kekna da highlightkan


Myeongdong st. (Line 4) – Dongdaemun st. – (Line 1) Hoegi st. – (Korail) Mangu st. – Cheongpyeong st.


Sampai je di Cheongpyeong st. terus keluar melalui Exit 2. kekna terus menuju ke stesen bas. terus tgk jadual perjalanan Bas. Maaf, Kekna tak ingat berapa bayaran. Actualy ada 2 tempat yang kita boleh lawati.

1) Petite France
2) Nami Island

Next entry kekna akan cerita mengenai Petite France pulak ye. 

Kekna bergambar di station bas utk ke Nami Island (hadapan Cheongpyeong st.)

Bas akan menurunkan penumpang di hadapan Petite France dulu, then baru ke Nami Island.
Kekna & Ida berjalan untuk ke Jetty Nami island. jarak dalam 300-500meter sahaja. beratur beli ticket dan terus masuk ke dalam ferry.







Bangga sangat kekna bila ada malaysian flag dekat ferry ni

Naik ferry x lama pun, kejap je da sampai..kekna dengan ida kemain excited sangat. x sabar nak turun daripada ferry. tapi suhu sejuk sangat! Kekna sangat enjoy dengan suhu winter ni. 









Di Nami Island terdapat kemudahan seperti Musolla untuk yang beragama Islam, makanan halal juga ada dijual disini. Yeay! Kekna kagum dengan tourism Korea sebab dia alert dengan keperluan pelancong yg beragama islam. Al-Hamdulillah.




Posing dulu sebelum goncang hehehe



Semasa Di Nami Island, kekna dapat mencuba makanan Simple tapi menarik iaitu "DOSIRAK" ataupun Nasi Goncang. Nasi yang dicampur dengan Kimchi & telur, diletakkan dalam bekas besi kemudian dipanaskan seketika diatas api. kemudian dihidangkan bersama glove. hehehe dan goncang goncang goncang sampai sebati. Rasa Nasi Goncang ni bagi kekna sedap & boleh diterima anak tekak. makan dengan sup panas2 mmg sedap & mengenyangkan!











tak lama pun kekna dekat Nami Island ni. Sebab da penat berjalan. tak sempat nak explore semua tempat. Bagi yang pertama kali dtg ke Nami Island Kekna sarankan explore la semua tempat di Nami Island ni, hayati keindahan pulau ni. memang berbaloi! klu dapat picnic dekat sini mmg best!
Kekna sempat membeli Fridge Magnet & juga tote bag untuk kenang-kenangan. dan semestinya harganya agak Pricey! tak apalah. bukan selalu dapat ke sini kan. pejam mata jelah & bayar.






Dear Nami island, till we meet again. definitely will come again!

Tuesday, August 8, 2017

KOREA : Sesat di Myeongdong! – Day 1 ( part 2 )

Cermin Favourite Kekna untuk bergaya sebelum keluar berjalan2

Semasa kekna sedang lepak makan di pantry GH, (pantry betul2 dihadapan bilik kekna) kekna sempat berbual dengan jiran bilik sebelah, org Malaysia. Mereka melancong di korea sekeluarga. Sembang punya sembang, akhirnya mereka mengajak kami ke myeongdong mlm nnt. Kekna cepat2 setuju sebab tak perlu lah kekna bersusah payah nak cari jalan ke myeongdong! Muahahahaha.. lagipun myeongdong mmg dekat dengan GH yg kekna duduk.



Lepas siap makan kekna terus bersiap untuk berjalan2 sekitar GH. Wlupun still hujan lagi, tapi tu x mematahkan semangat kekna & ida utk keluar bersiar2. Gigih kekna J kekna pun tak tau kekna kemana, tau2 je da sampai depan lotte shopping mall. Kekna x masuk dalam pun. Just bergambar je kat depan lotte shopping mart tu. Lagipun cuaca hujan. X syok sangat nak berjalan. Sejuk weh.. tapi Alhamdulillah body kekna boleh adapt dengan cuaca sejuk korea ni.

tak lama kekna jalan2. sekadar untuk tengok apa yang ada dekat sekeliling. kekna terus masuk ke bilik semula untuk berehat. lagipun hari masih hujan. dalam hati berdoa, janganlah hujan sampai malam.

tiba masa yang dijanjikan, kekna pun follow jiran bilik sebelah sekeluarga untuk ke myeongdong. kami melalui stesen myeongdong untuk menyeberang jalan. ada 2 cara untuk ke myeongdong daripada Namsan GH. 
1) melintas jalanraya besar untuk ke myeongdong
2) melalui jalan bawah tanah ( stesen myeongdong )
jujurnya, kekna tak berapa ingat & masih blur lagi masa tu. so kekna tak berapa noted sangat & tak familiar dengan keadaan jalan.

Myeongdong

bila da sampai je di myeongdong, kami semua membawa haluan masing2. masa tu kekna dgn Ida x terfikir pula mcmana nanti bila nak balik ke GH semula, sebab kekna masih x berapa familiar dengan keadaan jalan di Korea, tapi kekna fikir mungkin Ida da hafal jalan!. Myeongdong ni syurga kosmetik. macam2 ada. barangan kecantikan Korea yang kekna beli di Malaysia, harga di Korea jauh lagi murah. hahaha contoh di malaysia kekna beli lip balm Nature republic RM50, di korea harganya cuma 4000krw. murah bukan?

crepe ni sedap!

berbagai pilihan jenama yang ada. you named it! heaven gila.. street food di myeongdong pun banyak. tapi malamni kekna cuma beli Strawberry & hand lotion, souvenir untuk kawan2 & family. Kekna dengan Ida just follow je kaki nak melangkah kemana. hahaha sampai la bila nak cari jalan balik, kekna dengan Ida sesat. tak tau sesat sampai kemana. menyesal pulak kekna x ambil gamba landmark masa mula2 kekna sampai ke myeongdong tadi. 

kekna dengan ida teruskan berjalan sampai la jumpa police station. dalam tu police sttaion tu, polis tu siap tunjuk dekat mana location Namsan GH & dimana location kami berada sekarang. jauh juga kekna dengan Ida berjalan. nak google location GH internet pulak takde! masa ni kekna tak tau lagi dekat myeongdong ada WiFi FREE!! communicate dengan polis tu pun macam ayam dengan itik. dia tak berapa fasih berbahasa english. Kekna dengan Ida reda jelah. berjalan ikot instinct.

Kami berjalan menyusuri jalanraya besar, lalu dekat kawasan rumah2 kedai, ada lalu lorong restaurant. hahaha bayangkan masa tu dalam hati kekna cuak jugak & tak berhenti berdoa. tapi kekna tetap tunjuk cool depan Ida. yelah, kekna xnak nanti percutian kami spoiled sebab sesat!. kami still bergelak ketawa xnak terlalu memikirkan yang kami ni sesat. Finally kami sampai dekat traffic light masa memula kami sampai & melintas di zebra crossing depan hotel sejong. yeayyyyyy! 

Kami melintasi jalanraya besar dengan perasaan yang sangat gembira. hahahaha tapi ada satu lagi dugaan berat untuk kami, nak kena mendaki bukit yang curam sebelum sampai GH!! hahhahahaa dugaan hari pertama di Korea. tapi kekna tetap enjoy!

hasil shopping day 1 dekat myeongdong!

jumpa lagi di next entry!

Saturday, August 5, 2017

Korea : Pertama kali ke Seoul - Day 1 ( part 1 )

Lukisan dihadapan Namsan GH 1

January 2015 adalah pertama kali kekna menjejakkan kaki ke Negara K-Pop. Perasaan teruja tu mengatasi ketakutan kerana pertama kali ke Negara yg berbeza dari segi bahasa dan budaya.Kekna hampir2 tertinggal flight! akibat terlajak tidur. inilah risiko jika flight awal pagi. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6jam Al-hamdulillah dipermudahkan. Wlupun agak boring sebab terlalu lama berada didalam flight, kekna membuang masa dengan makan, tidur, dengar lagu drpd HP & main simple games dengan Ida (travelmate). J yelah naik flight tambang murah, apa je yang kekna boleh expect kan?

Dihadapan gate 5

Setelah melepasi Immigration tanpa sebarang masalah, kami terus berjalan laju tanpa membuang masa. Melangkah je keluar daripada airport Incheon, Kekna dengan Ida disapa oleh angin winter yang teramat lah sejuk. OMG! My dreams come true.. merasa jugak kekna asap keluar daripada mulut bila bercakap. Ala.. macam drama korea yang kekna selalu tengok Jhehehe tergelak keriangan Kekna dengan Ida kerana terlalu excited!

Banana uyu.. sedap!

Perkara pertama yang Kekna buat adalah membeli T-Money (topup 20,000KRW) utk seminggu & juga Banana uyu ( susu pisang ) yeay sedap. Kekna bukanlah peminat susu, tapi susu pisang ni tekak kekna boleh terima. so double Yeay!

sumber gambar from blog: skampung.blogspot.my

Bila da settle semua, Kekna terus keluar untuk menaiki airport limousine(Bas). Keluar gate No.5 Bas No. 6015. (tambang 10,000KRW) untuk menuju ke hentian terakhir iaitu myeongdong. Berpandukan peta yang diberikan oleh pihak Guest House serta hasil carian maklumat di blog2 travel yg terkenal, Al-hamdulillah senang je rupanya.(belum masuk part yg thrill lagi hehe). Bas berhentikan kekna betul2 dihadapan sejong hotel. Kekna kena melintas jalanraya besar untuk ke pacific hotel. First time kekna melintas jalanraya di korea, jakun sekejap. Sebab x boleh jalan lenggang kangkung, kena jalan laju2. Dengan Beg besar nye, backpack & peta ditangan. Bayangkan macamana kelam-kabutnya kekna. Ihikk… Kekna melepasi myeongdong st., 7-eleven, jalan terus menaiki bukit. Jalan lagi.. makin lama makin curam dan tinggi bukit ni. Tiba-tiba hujan turun.. bayangkan dengan keadaan penat mendaki bukit yg curam, ditambah pula dengan beg yg besar dan berat, cuaca ketika itu dalam -2 uwaaaaaa bayangkan lah mcmana sendunye waktu itu keadaan kekna. patutlah orang korea kurus2 belaka hahaha.

peta untuk ke Namsan GH 1

Sampai je dekat pintu masuk Namsan GH4, sekali lagi kekna diuji! Kena naik tangga pulekkkk.. maka, kekna pun mengangkat lah beg yg berat tu menaiki setiap anak tangga dengan gagah sekali sampai ke lobby. Ida settlekan urusan check in semua. So kami pun boleh masuk ke bilik. Kekna ingatkan bilik yang ditempah dekat Namsan GH4 jugak, ternyata meleset semuanya.. bilik yang ditempah melalui AirAsiaGO flight+hotel rupanya Namsan GH 1! Hahaha Kekna kena mendaki lagi sikit bukit yang curam tu dengan beg besar, trench coat yang kekna pakai pun berat tau! Mana nak pegang payung lagi..Lesson learned ya! Kalau tempah apa pun sila baca betul2. Inilah akibatnya jika malas membaca hahahaha. Setelah sampai ke Namsan GH 1, staff Namsan GH pun ajar mcmana nak access pintu, bagi password, tunjuk bilik dekat mana, tempat laundry dekat mana & etc. kekna memang da x mampu nak dgr apa2 pun lagi, dalam kepala otak mmg da x sabar nak rehat dalam bilik hahaha.

Muka lega sebab sempat sampai sebelum gate closed... hampir2 tak boleh fly ke Korea.

Cerita hari pertama kekna tak habis dekat sini ye. Nanti kekna akan sambung part 2 pulak. Kalini kekna sesat pulekkkkk…