![]() |
| Lukisan dihadapan Namsan GH 1 |
January 2015 adalah pertama kali kekna menjejakkan kaki ke Negara K-Pop. Perasaan teruja tu mengatasi ketakutan kerana pertama kali ke Negara yg berbeza dari segi bahasa dan budaya.Kekna hampir2 tertinggal flight! akibat terlajak tidur. inilah risiko jika flight awal pagi. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6jam Al-hamdulillah dipermudahkan. Wlupun agak boring sebab terlalu lama berada didalam flight, kekna membuang masa dengan makan, tidur, dengar lagu drpd HP & main simple games dengan Ida (travelmate). J yelah naik flight tambang murah, apa je yang kekna boleh expect kan?
![]() |
| Dihadapan gate 5 |
Setelah melepasi Immigration tanpa sebarang masalah, kami terus berjalan laju tanpa membuang masa. Melangkah je keluar daripada airport Incheon, Kekna dengan Ida disapa oleh angin winter yang teramat lah sejuk. OMG! My dreams come true.. merasa jugak kekna asap keluar daripada mulut bila bercakap. Ala.. macam drama korea yang kekna selalu tengok Jhehehe tergelak keriangan Kekna dengan Ida kerana terlalu excited!
![]() |
| Banana uyu.. sedap! |
Perkara pertama yang Kekna buat adalah membeli T-Money (topup 20,000KRW) utk seminggu & juga Banana uyu ( susu pisang ) yeay sedap. Kekna bukanlah peminat susu, tapi susu pisang ni tekak kekna boleh terima. so double Yeay!
![]() |
| sumber gambar from blog: skampung.blogspot.my |
Bila da settle semua, Kekna terus keluar untuk menaiki airport limousine(Bas). Keluar gate No.5 Bas No. 6015. (tambang 10,000KRW) untuk menuju ke hentian terakhir iaitu myeongdong. Berpandukan peta yang diberikan oleh pihak Guest House serta hasil carian maklumat di blog2 travel yg terkenal, Al-hamdulillah senang je rupanya.(belum masuk part yg thrill lagi hehe). Bas berhentikan kekna betul2 dihadapan sejong hotel. Kekna kena melintas jalanraya besar untuk ke pacific hotel. First time kekna melintas jalanraya di korea, jakun sekejap. Sebab x boleh jalan lenggang kangkung, kena jalan laju2. Dengan Beg besar nye, backpack & peta ditangan. Bayangkan macamana kelam-kabutnya kekna. Ihikk… Kekna melepasi myeongdong st., 7-eleven, jalan terus menaiki bukit. Jalan lagi.. makin lama makin curam dan tinggi bukit ni. Tiba-tiba hujan turun.. bayangkan dengan keadaan penat mendaki bukit yg curam, ditambah pula dengan beg yg besar dan berat, cuaca ketika itu dalam -2 uwaaaaaa bayangkan lah mcmana sendunye waktu itu keadaan kekna. patutlah orang korea kurus2 belaka hahaha.
![]() |
| peta untuk ke Namsan GH 1 |
Sampai je dekat pintu masuk Namsan GH4, sekali lagi kekna diuji! Kena naik tangga pulekkkk.. maka, kekna pun mengangkat lah beg yg berat tu menaiki setiap anak tangga dengan gagah sekali sampai ke lobby. Ida settlekan urusan check in semua. So kami pun boleh masuk ke bilik. Kekna ingatkan bilik yang ditempah dekat Namsan GH4 jugak, ternyata meleset semuanya.. bilik yang ditempah melalui AirAsiaGO flight+hotel rupanya Namsan GH 1! Hahaha Kekna kena mendaki lagi sikit bukit yang curam tu dengan beg besar, trench coat yang kekna pakai pun berat tau! Mana nak pegang payung lagi..Lesson learned ya! Kalau tempah apa pun sila baca betul2. Inilah akibatnya jika malas membaca hahahaha. Setelah sampai ke Namsan GH 1, staff Namsan GH pun ajar mcmana nak access pintu, bagi password, tunjuk bilik dekat mana, tempat laundry dekat mana & etc. kekna memang da x mampu nak dgr apa2 pun lagi, dalam kepala otak mmg da x sabar nak rehat dalam bilik hahaha.
![]() |
| Muka lega sebab sempat sampai sebelum gate closed... hampir2 tak boleh fly ke Korea. |
Cerita hari pertama kekna tak habis dekat sini ye. Nanti kekna akan sambung part 2 pulak. Kalini kekna sesat pulekkkkk…






No comments:
Post a Comment