Swim with Whaleshark! |
September 2015 #kaknatheexplorer berpeluang untuk menjelajah sekitar Boracay - Cebu - Oslob - Manila.
Kekna akan kongsikan 10 perkara yang menarik tentang Oslob.
1) Waterfall
Di Oslob terdapat beberapa Waterfall yang tersangat cantik. Kerana kesuntukan masa kekna hanya berpeluang untuk ke Tumalog waterfall & juga Aguinid falls. walaubagaimanapun kekna masih berpuashati kerana dapat merasai kesejukan air yang berwarna biru turqoise serta menikmati keindahan waterfall itu sendiri. Subhanallah!
2) Whaleshark
Bila sebut je Oslob semua orang tahu kebanyakannya yang datang semua nak tengok whaleshark. Jangan risau, Whaleshark ni tak makan orang ( well trained dan jinak )dan kita juga dilarang untuk menyentuh haiwan tersebut. Flash camera juga diwajibkan untuk turn off! Jika didapati bersalah anda semua akan didenda. Amount kekna tak berapa ingat TAPI jumlahnya cukup besar.
3) TIADA Restaurant HALAL
Semasa di Oslob seingat kekna, kekna tak jumpa langsung restaurant makanan HALAL. sila bawa makanan alternatif yang lain seperti Maggie, Brahims ataupun makanan segera yang lain ya.
4) PESO
Matawang Philippines Peso adalah lebih rendah sedikit berbanding RM.
5) CENDERAMATA
Cenderamata seperti t-shirt, keychain, fridge magnet juga dijual dengan harga yang mahal, biasalah kawasan tumpuan pelancong, tetapi harga masih mampu milik. contoh harga sepasang t-shirt ( good quality ) harga lebih kurang dalam RM23-RM25 setelah diconvert.
6) MOTOR 3 PENUMPANG
Di Oslob jangan terkejut jika ternampak sebuah motor dinaiki oleh 3 orang penumpang tanpa sebarang safety equipment! been there done that :)
7) JALANRAYA YANG MENCABAR
Perjalanan daripada stesen bas Cebu ke Oslob mengambil masa +- 4jam perjalanan. keadaan jalanraya juga bengkang bengkok seperti laluan dekat bukit putus, kuala pilah, Negeri Sembilan! tapi pemandangan sangat magnificient! Subhanallah!
8) MANGO
Jika ke Cebu, jangan lupa untuk merasai keenakan mango shake yang tersedap didunia bagi kekna! :) apa saja di Cebu yang berasaskan Mango, pasti sedap! Cebu juga terkenal dengan dried Mango. jangan lupa borong banyak2 ya..
9) MELAYU KE?
Jangan terkejut jika wajah orang Philippines similar dengan orang melayu Malaysia!. Kekna beberapa kali ditegur oleh orang tempatan dengan bahasa Tagalog. Salamat pok!
10) JOLLIBEE
Jika di Malaysia kita ada KFC, di Philippines mereka ada JOLLIBEE. bagi yang non-Muslim, boleh la untuk merasai sendiri keenakan fast foods di Jollibee, bagi yang Muslim memang tidak boleh makan di Jollibee ya. penyediaan makanan yang dihasilkan oleh Jollibee adalah diragui & mungkin tidak patuhi syariat untuk yang beragama islam :) pendek kata Non-HALAL.
Nanti Kekna akan share pulak mengenai Boracay pulak. orang kata air laut di boracay 3 layer color? betul ke Boracay tu happening? ada ke Hotel yang murah di Boracay? ingin tahu? Tunggu next entry daripada Kekna.

Boracay :) |
No comments:
Post a Comment