Friday, August 4, 2017

TIPS : Bagaimana menyusun Itinerary yang lengkap


Hi,
first entry oh,anna journey ini, kekna akan memberikan beberapa tips untuk merancang itinerary lengkap untuk sebuah percutian. ( disclaimer : ini adalah cara kekna & berdasarkan pengalaman percutian kekna ).

1. BERCUTI DIMANA?
Setiap individu mempunyai citarasa percutian yang pelbagai. ada yang sukakan laut, ada yang sukakan keindahan alam semulajadi, ada yang sukakan menikmati kesibukan kota & ada juga yang lebih kepada makanan!. pilih mengikut citarasa sendiri pasti lebih berbaloi.

2. FLIGHT TIX!
Setelah mengenalpasti negara/tempat mana yang nak dilawati, boleh la start membeli flight tix. jika memang mempunyai budget yang besar untuk bercuti anda boleh terus membeli flight tix. jika budget yang agak terhad kena lah pandai memburu tix murah :). ( pada entry yang akan datang, kekna akan memberikan tips bagaimana untuk mewujudkan tabung & menguruskan kewangan untuk bercuti )

3. BERMULA EPISOD UNTUK MEMBURU MAKLUMAT
zaman sekarang ini tidak susah untuk mendapatkan pelbagai maklumat. taip saja di google berderet keluar semua maklumat yang kita mahukan. yang penting kena rajin mencari maklumat, membaca tips-tips yang diberikan oleh semua blogger. anda juga boleh mencedok idea itinerary mereka & rancanglah mengikut keperluan anda sendiri. ikut kemampuan diri ya!

  • Tempat-tempat menarik & tumpuan pelancong
  • Hotel/Hostel
  • Restoran Halal
  • Aktiviti yang boleh dilakukan
  • Tourist guide (jika perlu)
  • Transportation
  • Tempat murah untuk mendapatkan Souvenir

4. KEMASKAN ITINERARY DIDALAM MS WORD
Bila dah rangka Itinerary didalam buku, boleh la kemaskan didalam MS Word pula. ini adalah contoh yang kekna buat.


5. START MENGUMPUL DUIT
Bila dah rangka semua plan, boleh lah start mengumpul duit untuk semua perbelanjaan. bayaran Hotel. transportation, makan & juga perbelanjaan tambahan lain.

Selamat bercuti :)


No comments:

Post a Comment