17 tahun yang lalu, kekna adalah peminat no.1 drama Winter Sonata. Kekna mengenali K-Pop sewaktu usia kekna belasan tahun. Hahaha sampailah sekarang minat kekna terhadap K-Pop tak pernah pudar! Harini kekna akan ke Namiseom aka Pulau Nami. Tak sabar nak posing dekat pokok pine macam drama winter sonata tu. Nami Island ni adalah destinasi yang Wajib dikunjungi bila berada ke Korea.
Perjalanan harini agak mencabar. Kerana kekna akan melalui total 21 station & 3 kali transit daripada Myeongdong st. – Cheongpyeong st. Memang agak jauh jugak perjalanan, tapi dah namanya bercuti, kita enjoy saje. Semalam Kekna dah top up siap2 T-Money, so perjalanan harini kita akan gunakan T-Money. Tak perlu susah2 nak beli ticket train, kita scan sajeeee.
Lihat Pada stesen yang kekna da highlightkan |
Myeongdong st. (Line 4) – Dongdaemun st. – (Line 1) Hoegi st. – (Korail) Mangu st. – Cheongpyeong st.
Sampai je di Cheongpyeong st. terus keluar melalui Exit 2. kekna terus menuju ke stesen bas. terus tgk jadual perjalanan Bas. Maaf, Kekna tak ingat berapa bayaran. Actualy ada 2 tempat yang kita boleh lawati.
1) Petite France
2) Nami Island
Next entry kekna akan cerita mengenai Petite France pulak ye.
Kekna bergambar di station bas utk ke Nami Island (hadapan Cheongpyeong st.) |
Bas akan menurunkan penumpang di hadapan Petite France dulu, then baru ke Nami Island.
Kekna & Ida berjalan untuk ke Jetty Nami island. jarak dalam 300-500meter sahaja. beratur beli ticket dan terus masuk ke dalam ferry.
Bangga sangat kekna bila ada malaysian flag dekat ferry ni |
Naik ferry x lama pun, kejap je da sampai..kekna dengan ida kemain excited sangat. x sabar nak turun daripada ferry. tapi suhu sejuk sangat! Kekna sangat enjoy dengan suhu winter ni.
Di Nami Island terdapat kemudahan seperti Musolla untuk yang beragama Islam, makanan halal juga ada dijual disini. Yeay! Kekna kagum dengan tourism Korea sebab dia alert dengan keperluan pelancong yg beragama islam. Al-Hamdulillah.
Posing dulu sebelum goncang hehehe |
Semasa Di Nami Island, kekna dapat mencuba makanan Simple tapi menarik iaitu "DOSIRAK" ataupun Nasi Goncang. Nasi yang dicampur dengan Kimchi & telur, diletakkan dalam bekas besi kemudian dipanaskan seketika diatas api. kemudian dihidangkan bersama glove. hehehe dan goncang goncang goncang sampai sebati. Rasa Nasi Goncang ni bagi kekna sedap & boleh diterima anak tekak. makan dengan sup panas2 mmg sedap & mengenyangkan!
tak lama pun kekna dekat Nami Island ni. Sebab da penat berjalan. tak sempat nak explore semua tempat. Bagi yang pertama kali dtg ke Nami Island Kekna sarankan explore la semua tempat di Nami Island ni, hayati keindahan pulau ni. memang berbaloi! klu dapat picnic dekat sini mmg best!
Kekna sempat membeli Fridge Magnet & juga tote bag untuk kenang-kenangan. dan semestinya harganya agak Pricey! tak apalah. bukan selalu dapat ke sini kan. pejam mata jelah & bayar.
Dear Nami island, till we meet again. definitely will come again!